Tuesday, 25 December 2012




              Akhirnya sudah sampai  kite di penghujung dalam sesi pembelajaran Kelas Komputer Dalam Pendidikan 2012,S1K4..Kenangan bersama-sama dalam minggu-minggu sebelum ini pasti menggamit kenangan.Apapun perjalanan harus diteruskan..Jadi pada minggu ini saya akan membuat refleksi yang terakhir pada minggu ke 14 ini..

             Pada minggu ini saya ditugaskan untuk membuat satu pembentangan slide tentang tajuk sudah diberikan..Sebelum ini saya sudah membuat penbentangan mengenai tajuk web 2.0 dalam pendidikan.Akan tetapi Pensyarah saya mahu kami menbuat slide yang lebih bervariasi ketika penbentangan.Contohnya pengunaan link,animasi,video dan pemutar suara.Melalui variasi yang pelbagai ini.Penbentangan ini akan menjadi lebih menarik dan anda juga akan menjadi yakin untuk menbuat penbentangan..Bagi menbuat slide yang bervariasi anda boleh menggunakan dalam Microsoft Power point,Microsoft Open Office dan sebagainya..Jika dulu saya hanya tahu membuat dalam Microsoft Power point tapi sekarang tidak lagi..

Disini saya tunjukan serba sedikit variasi dalam slide...


  haa..ini adalah untuk membuat slide anda agar lebih bergaya..cantik kan..



Ini pula untuk membuat slide anda lebih cantik dan menarik..Masuk kan lah backgroud yang sesuai dengan tajuk penbentangan anda..



ini adalah cara-cara untuk membuat link ketika menbuat pembentangan..


haaa..Ini pula cara-cara untuk menbuat animasi ketika membuat slide..Anda boleh menbuat pelbagai jenis animasi..Pasti slide anda akan lebih menarik..


Ini sajalah refleksi saya pada minggu yang terakhir..Banyak kekurangan yang saya lakukan harap dimaafkan..Maklum lah saya ni seorang yang buta It..Saya memohon maaf jika ada terkasar kata,tak dengar kata,terkenyik mata,tergelincir kata-kata..Harap semua maafkan saya terutama pensyrah saya yang memberi ilmu yang tidak ternilai kepada saya..

Saya akhiri dengan serangkap pantun:

HUJAN TURUN BADAN PUN BASAH
   BATANG GALAK HARUAN PERAHU
NIAT HATI TAK MAHU BERPISAH
         KEHENDAK ALLAH SIAPA YANG TAHU.


sekian terima kasih.....



Monday, 24 December 2012

NAK TACKLE AWEK NAMENYE ZAITUN

         Hai semua,pada minggu ini saya akan membuat refleksi pada minggu yang ke 13..Pada minggu ini saya telah diberi sedikit penerangan oleh Puan Nor Hafizah tentang tugasan yang saya perlu lakukan iaitu tentang Microsoft Office Excel..Sebelum nie saya tidak pernah menggunakan Microsoft Excel kerana tidak tahu apa fungsinya dan cara untuk menggunakanya..

                  Selepas mendengar dan mendapat bimbingan dari Puan Nor Hafizah saya manpu sedikit untuk menggunakanya..Saya juga telah diberi tugasan untuk membuat markah pelajar dan belajawan.Saya mula risau kerana kurang mahir menggunakanya.Tapi dengan sedikit tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya sedikit demi sedekit dapat menguasainya..Bagi rakan-rakan yang belum tahu fungsi Microfoft Office Excel ini..Saya akan beri sedikit maklumat yang berkaitan..Biapun ia tidak seberapa tapi mungkin serba sedikit akan memberi maklumat kepada anda semua..

Haa...ini lah cover Miscosoft Office Excel..


Ini adalah pages pertama yang anda akan jumpa bila membuka Microsoft ini..dan buatlah tugasan anda..sebagai contoh untuk membuat markah pelajar dan belajar...



haaa..ini adalah contoh untuk membuat markah pelajar dalam Microsoft Excel...

Anda juga boleh membuat pelbagai carta dalam Microsoft Excel ini...senang kan?



Dalam Microsoft Excel juga anda boleh menggunakan pelbagai warna agar ia nampak lebih menarik..
Akhir sekali,fungsi Microsoft Excel ini menpunyai pelbagai fungsi utuk digunakan..Oleh itu,gunakanlah sebaik mungkin...bye-bye..


Dengarlah kata-kata semangat dari saya..

ILMU DAN KEPANDAIAN ADALAH SAHABAT YANG SETIA
DALAM HIDUP SAMPAI KE PENGHABISAN UMUR:












Wednesday, 12 December 2012

Assalamualiakum semua..
Refleksi minggu ke 12 saya pada minggu ini adalah berkaitan tentang openoffice(IMPRESS).Pasti semua tak tahu apa itu openoffice kan?saya pun tak tahu jugak,tapi selepas diberi penerangan oleh Puan Nor Hafizah dalam kelas.Saya baru faham cara-cara unruk mengaplikasikan openoffice ni.Alhamdulilh saya dapat mendalaminya dengan baik..
   Pada minggu ini juga saya dan rakan-rakan diberi penerangan oleh Dr Siti Fatimah tentang  cara-cara dowmload video dari youtube menggunakan keepvid dan skydrive.Oleh itu bermula lah kefahaman saya tentang video-video dari internet ini.Terima kasih kepada Dr.Siti..
Kini kita kembali kepada Puan Hafizah pula tentang openoffie(IMPRESS)
ApA itu openoffice??



Openoffice ini sama dengan fungsi miscrofoft powerpoint..Tapi bagi saya leih gempak kerana software ini perlu di install dulu sebelum menggunakanya..Gambar ini menunjuikan ciri-ciri dan cara penggunaan slide dalam bentuk powerpoint..

Ini adalah antara cara-cara untuk menggunakan open office dalam pendidikan..






Ini adalah cara-cara bagaimana anda semua mahu mengubah suai agar slide lebih nampak cantik..Fungsi slide openoffice ini agak sama dengan fungsi Miscrosoft Powerpoint yang selalu anda gunakan.Tapi nak mencari kelainan tidak salahkan?



akhirnya slide akan siap seperti yang anda inginkan..Bolehlah anda present dengan sempurna dan yakin kerana slide yang menarik dan bermutu..Jadi gunalah slide openoffice dengan sebaiknya...

selamat mencuba...

ini lah refleksi saya pada minggu ini.Kekurangan itu datangnya dari saya sahaja.Maaf jika tidak sempurna infomarsi yang saya telah buat ini.Maklumlah saya seorang yang buta it..

Saya akhiri dengan sebuah pantun..

pergi pantai bermain layang-layang
jadikan hidup anda berguna dan jangan sampai melayang..hehe

SEKIAN TERIMA KASIH..



Thursday, 29 November 2012

            Refleksi saya pada minggu ke 11 ini adalah berkaitan dengan dengan Multimedia Education.Pada minggu saya disuruh oleh Puan Nur Hafizah yang kembali daripada cuti sakitnya.Saya hanya menunjukan kepada Beliau dan kawan-kawan tentang apa yang di ajar oleh Dr Siti Fatimah pada minggu yang lepas.Selepas itu saya telah diberi penerangan untuk menbuat tajuk tugasan yang baru iaitu Microsoft Publisher.Mulai saat ini saya baru tahu apa itu fungsi Microsoft Publisher.Dulu saya tidak pernah menggunakan Microsoft ini,hanya Microsoft word yang saya guna.Dengan pembelajaran kelas komputer dalam pendidikan ini banyak mengakar saya apa itu fungsi Komputer kepada kita semua.Saya sempat menbuat tugasan ini.Saya sangat tertarik dengan tugasan ini sampai masa rehat pun saya tak perasan..Microsoft Publisher ini banyak kegunaan kepada semua orang..Boleh dibuat kad raya agaknya boleh..Macam-macam benda boleh dibuat dengan Microsoft Publisher ini.Ini adalah contoh-contoh Microsoft Publisher...

Oleh itu sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.Diharap pada minggu depan saya akan lebih bersemangat untuk belajar kelas komputer dalam pendidikan ini..

Sekian..

LETIH BERJALAN DITENGAH PEKAN,
SINGGAH SEBENTAR DIGERAI SITI
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN
ATAS SEGALA JASA DAN BUKTI..

Friday, 23 November 2012

JUMPE AWEK BAGI BUNGA SEKUNTUM..



      Refeksi saya pada minggu kesepuluh ini bersamaan 22/11/2012 ini adalah berkaitan dengan SPSS dan tajuk baru yang diperkenalkanAalhamdulilh kerana dapat menyiapkan 100% SPSS ini..Tugasan ini tidak mungkin saya dapat siapkan tanpa bantuan temen-teman dan juga pasangan tugasan saya yang begitu komited dalam menyiapkan tugasan ini iaitu Mohamad fitri..Ini adalah contoh spss yang saya pelajari pada minggu lepas serta minggu ini..







Pada minggu ini saya dikejutkan dengan ketiadaan Pensyarah kami Pn Nur Hafizah akibat deman..Oleh kelas kami diambil alih oleh Dr Siti Fatimah..Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr Siti Fatimah kerana bersikap kurang ajar dalam sesi pembelajaran kendalian Dr..Kami menyesal kerana tidak menberi komited dan fokus kepada Dr..Akhirnya dengan kelembutan hati Dr Siti Fatimah telah mengembalikan keceriaan kelas kami(s1k4 dan s1k3)..Kami telah diberi penerangan selepas itu oleh Dr Siti Fatimah tentang Multimedia Education..Selepas mendengar penerangan beliau saya begitu teruja kerana saya dapat mengetahui tentang fungsi-fungsi dalam komputer ini..Antara penerangan beliau ialah tentang paint,online draw dan sebagainya..Banyak yang saya dapat saya tahu fungsi-fungsi paint..Dulu saya sekadar melukis sahaja dalam paint ini.Setelah tahu serba sedikit,barulah saya tahu variasi paint dalam komputer antaranya mengedit gambar dan sebagainya.Seterusnya kami diberi arahan supaya menbuat pengajian tentang Multimedia education supaya lebih faham tajuk ini..

Ucapan terimah kasih kepada pensyarah Dr Siti Fatimah kerana sudi menberi pengajaran yang berkesan kepada saya.Budi baik Puan tidak akan kami lupakan..

SEKIAN..

PAKAI KOPIAH,PAKAI SARI

HENDAK DIBAWA KE KOTA TINGGI

SELESAI SUDAH KERJA DIBERI

LAIN MASA KITE BERJUMPA LAGI..

Tuesday, 20 November 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

ANAK MONYET ANAK KERA
SALAM MANIS PEMBUKA BICARA..


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam kelas komputer dibawah Puan Nur Hafizah disebabkan saya terpaksa mengikuti program sukan integrasi yang di anjurkan oleh senior tahun tiga..Kami diwajibkan pergi bermain hoki di serembam..Saya amat dukacita kerana tidak dapat mengikut kelas ini..Apa pun saya masih mengikuti perkembangan kelas ini dari kawan-kawan yang cepat menberi informasi..Pada minggu ini saya diberitahu supaya menbuat data spss..Saya langsung tidak tahu menbuat data spss ini..Alhamdulilah saya dapat menbuat perlahan-perlahan atas bantuan teman-teman yang tidak loket dalam menberi ilmu kepada saya..Saya amat beruntung kerana menpunyai teman-teman yang begitu baik..Hal ini telah menberi azam kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh dengan bantuan teman -teman saya ini..

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ke 9..


pergi rumah awek belajar silat,
jangan marah jika ada tersilap...

bye-bye....

Wednesday, 31 October 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Saya akan membuka refeksi pada minggu 8 bersamaan 31/10/2012 dengan sebuah pantun:
    
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Pada minggu ini saya dan rakan tugasan saya diarahkan untuk menbuat satu penbentangan mengenai tajuk masing-masing..Iaitu web 2.o in education,..Pembentangan ini penting bagi menberi maklumat tentang web 2.0 kepada rakan-rakan yang lain..Begitu juga saya yang terkena tempiasnya apabila rakan-rakan yang lain juga menbuat pembentangan mengenai tajuk masing-masing..Rakan -rakan telah menberi maklumat yang sebelum ini tidak saya ketahui..Begitu juga dengan pensyarah saya iaitu Puan Nor Hafizah yang menberi tunjuk ajar dalam pembentangan tadi.. Selain itu melalui pembentangan tadi juga telah menaikan semangat saya dalam menberi penerangan di khalayak ramai..Hal ini sesuai dengan profesion perguruan yang saya ceburi ini..

Setelah itu saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk menbaca mengenai SPSS..Saya hanya tahu serba sedikit sahaja mengenai SPSS ini..Oleh itu dengan penbacaan yang saya akan lakukan akan menambahkan pengetahuan saya tentang SPSS ini..Saya juga berharap rakan-rakan saya dapat menberi maklumat yang lebih terperinci mengenai SPSS ini...

Dengarlah wahai teman-temanku kata-kata semangat dariku...
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

SEKIAN..

Monday, 29 October 2012

ASSALAMUALAIKUM,Salam AidilAdha dan Salam kemaafan....

  Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas ketidak hadiran dalam kelas komputer dalam pendidikan minggu ketujuh ini pada 24/10/2012..Bukan mahu menberi alasan tetapi saya ingin jelas kn bahawa saya tidak berniat untuk tidak hadir atas sebeb -sebab tertentu..Pertama ayah saya sakit dan terlantar di hospital,tiada adik beradik yang dapat jge kerana berkerja di luar kelantan..Hanya berharap adik beradik sebelah mak yang satu lagi..saya sebagai wakil sebelah mak yang kedua patut pergi menjage ayah saya...kedua tiket pun sudah tiada..Itulah alasan saya kerana tak dapat hadir kelas minggu ketujuh  Pn Hafizah..

   Akan tetapi saya masih mengikuti perkembangan kelas ini atas bantuan rakan-rakan terutama kak julia yang menberi informasi terkini dengan pantas iaitu menbuat slide tajuk tugasan masing-masing..Saya akan menbuat slide itu dengan sebaik mungkin untuk menebus ketidak hadiran saya itu..saya turut diberi informasi mengenai tajuk yang diajar oleh Pn Hafizah iaitu SPSS ,iaiyu satu perinsian untuk menbuat carta pie,statistik dan sebagainya,..Itu sahaja yang saya dapat informasi dari minggu lepas


dengar lah sebuah puitis hari raye...
Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

 SEKIAN..

Tuesday, 16 October 2012

Assalamualaikum semua..

   Refleksi Minggu keenam saya pada tarikh 17/10/2012..Pada minggu ini saya berasa bersemangat untuk belajar kelas komputer dalam pendidikan yang diurus oleh Cik Nur Hafizah..Sudah pasti kenangan minggu lepas akan tersemat di sanubari.Jadi kita harus pandang ke hadapan dan berfikiran positif..Disini saya ingin berkongsi maklumat tentang tugasan saya iaitu web 2.0.. Web 2.0 adalah istilah yang diberikan untuk menggambarkan generasi kedua World Wide Web yang memberi tumpuan kepada keupayaan untuk rakyat untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam talian. Web 2.0 pada dasarnya merujuk kepada peralihan daripada laman web HTML statik web yang lebih dinamik yang lebih teratur dan berdasarkan berkhidmat aplikasi web kepada pengguna. Fungsi lain yang lebih baik Web 2.0 termasuk komunikasi terbuka dengan penekanan kepada berasaskan web komuniti pengguna, dan perkongsian maklumat yang lebih terbuka. Lama kelamaan Web 2.0 telah digunakan lebih sebagai istilah pemasaran daripada istilah komputer berasaskan sains. Blog, wiki, dan perkhidmatan web semua dilihat sebagai komponen Web 2.0.Web 2.0 juga berfungsi data dan perkongsian kandungan serta usaha kerjasama dalam pelbagai perisian sosial..Web 2.0 menjadi platform untuk perisian bersosial secara berkumpulan. Web 2.o juga berfungsi sebagai modul pendidikan..Sebagai contoh blog,wiki,sosial bookmarking,facebook,twintter dan sebagainya..Sebuah blog adalah sistem yang menbolehkan seseorang pengaran tunggal untuk menulis dan memaparkan artikel yang berkaitan dengan pendidikan. Ia lebih menjurus kepada perkongsian maklumat kepada pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat yang lebih luas dalam pembelajaran..Selain itu penggunaan blog juga digunakan oleh guru-guru untuk menbuat pengumuman tertentu,berita,maklum balas kepada pelajar dan perkongsian maklumat berkaitan pendidikan..Seterusnya wiki pula berfungsi sebagai sistem yang menbolehkan satu atau lebih orang untuk menbina korpus ilmu dalam satu set laman web..Antara wiki paling terkenal ialah wikipedia..Contoh penggunaan wiki dalam pendidikan ialah..wiki boleh digunakan untuk penciptaan senarai bacaan berorentasi satu atau lebih guru..Selain itu wiki boleh digunakan dalam projek-projek kelas dan amat sesuai untuk pertambahan peningkatan pengetahuan oleh satu kumpulan.Wiki juga boleh digunakaan oleh guru untuk menberi pelbagai maklumat dan maklum balas kepada pelajar..Ini adalah hasil maklumat yang saya dapat mengenai web 2.0....

    Seterusnya saya diajar mengenai survey monkey..Survey monkey merupakan aplikasi untuk menbuat kajian selidik..Sebagai contoh saya menbuat penyelidikan tentang web 2.0..Antara contoh-contoh soalan  selidikan saya  ialah apakah anda tahu fungsi web 2.0..Seterusnya saya disuruh oleh pensyarah saya untuk menghantar link survey monkey yang saya buat di yahoomail.Selepas itu pula saya ditugaskan untuk menpelajari google doc.Bermula sesi yang cemas.kerana terpakse bermula dengan kosong pula...Sudah pasti minggu ini saya sangat gembira kerana boleh dikatakan saya 80% saya faham apa itu web 2.0 dan survey mongkey..Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya yang menberi maklumat dan pengajaran yag berguna kepada saya..

Ini adalah contoh survey mongkey bagi sesiapa yang tidak tahu mengenainya...


ini adalah bgaimana cara-cara komponen untuk dalam Survey mongkey..




Jadi ini saja lah yang saya tahu mengenai survey mongkey..Maklum lah saya ni buta It sikit..hehehe

Saya akhiri dengan kata-kata semangatini..  Dengarlah kata-kata semangat ini..
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu..


Sekian..
.

Tuesday, 9 October 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

  Refleksi saya pada minggu ke 5 bersamaan 10/10/2012 dalam kelas Komputer dalam pendidikan,kumpulan S1K4 ialah saya diberi penerangan mengenai tajuk tugasan masing-masing..Saya dan rakan tugasan saya iaitu Muhammad Fitri telah diberi tugasan bertajuk WEB 2.0 IN EDUCATION..Sebenarnya tajuk ini telah diberi pada minggu lepas,oleh kerana kebutaan saya dalam bidang IT ini telah menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa..Hanya secebis tugasan yang saya dapat buat..Oleh itu saya telah bertanya kepada pensyarah saya Cik Nur Hafizah cara-cara menbuat tugasan dengan betul..Hal ini tidak akan lengkap tanpa bantuan daripada kawan-kawan saya terutama kumpulan S1K4 yang tidak lokek dalam menberi tunjuk ajar kepada saya...Pada minggu ini saya berazam untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama pasangan tugasan saya..Saya juga telah mengetahui cara-cara mencari maklumat dalam laman web yang lain iaitu google scholar..Sebelum ini saya tidak pernah dengar apa itu google scholar..Melalui bantuan pensyarah dan rakan -rakan saya dapat tahu apa itu google scholar..Mungkin pada minggu hadapan saya dapat mengetahui maklumat lain dalam internet ini..Saya berharap akan mendapat markah yang tinggi walaupun ia adalah tugasan saya yang pertama di universiti dalam kelas komputer dalam pendidikan ini..Saya berharap akan lebih maju dalam kelas ini dan diiringi doa oleh semua orang yang mengenali saya..Hanya ucapan terima kasih yang saya dapat balas..
Akhir kata,saya hidangkan saudara semua dengan kata-kata semangat dari saya

                           DI MANA ADA PUTUS ASA,BIARLA KITA MENEBARKAN HARAPAN..

SEKIAN...

Wednesday, 3 October 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..


     Saya sebenarnya sangat teruja kelas pada minggu ini..saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak menberi tunjuk ajar kepada saya..tapi mungkin disebabkan saya seorang yang kurang memahami apa yang di ajar oleh pensyarah saya Cik Nor Hafizah..saya tidak menyalahkan sesiapa kerana susah untuk mengikuti kelas ini,,mungkin dalam diri saya tidak ada agen pembelajaran IT..disebabkan itulah saya susah untuk memahami..pada minggu ini saya sudah diberi banyak penerangan..pada awalnya saya faham..tetapi apabila berseorangan tnpa bimbingan pensyarah dan kawan-kawan saya kembali menjadi kosong..semoga keadaan ini tidak berterusan kerana saya memang teringin menguasai budang it atau alam maya ini..diharap pensyarah dan rakan-rakan tidak berasa bosan dengan kekuranagan saya ini..saya ingin memohon maaf kerana tidak menepati target yang diinginkan oleh pensyarah saya..kepada Dr siti Fatimah yang merupakan peneraju kelas komputer dalam pendidikan sesi 2012/2013 ini dan Cik Nor Hafizah pensyarah kelas S1K4 juga tidak berkecil hati diatas prestasi saya yang tidak memuaskan ini..saya berjanji akan berusaha dengan lebih kuat dan berdedikasi dalam mengusai kelas komputer dalam pendidikan ini..akhir kata kata -kata pembakar semangat saya iaitu Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

SEKIAN..

Tuesday, 2 October 2012

ASSALAMUAKAIKUM kepada pensyarah dan teman-teman...

     Pada minggu ini sudah genap 4 minggu saya belajar dalam kelas komputer dalam pendidikan 2012 (s1k4)di bawah tunjuk ajar daripada pensyarah saya iaitu Cik Nor Hafizah Adnan..Minggu lepas bialah menjadi kenangan bagi kami dam minggu ini kami akan teruskan dengan lebih bersemangat lagi..pada minggu ini saya mula memahami konsep pembelajaran dalam komputer dalam pendidikan ini..saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami Cik Nor Hafizah yang tak putus-putus menberi bimbingan kepada saya dalam memahami sisitem pembelajaran dalam kelas ini..

     Pada minggu ini kami telah diberi tugasan berkumpulan..saya bersama -sama rakan tugasan saya iaitu mohamad fitri telah diberi tugasan iaitu WEB 2.0 OF EDUCATION..saya mula faham bagaimana ingin menbuat tugasan ini apabila diberi penjelasan yang lebih terperinci oleh pensyarah saya Cik Nor Hafizah..oleh itu berbekalkan maklumat yang diberi oleh pensyarah saya ini,saya dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sermpurna..hal ini akan memudahkan rakan-rakan saya untuk mengetahui maklumat yang saya buat setelah menyiapkan tugasan ini..saya berharap pada minggu-minggu yang akan datang saya dapat menpelajari banyak ilmu dalam kelas komputer dalam pendidikan ini..

Sekian


     PERBEZAAN ANTARA LMS DENGAN CMS


.LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) atau dalam kata melayunya ialah sistem pengurusan pembelajaran adalah satu kompenan perisian untuk pertadbiran,pengesanan,laporan,penyampaian kursus pendidikan dalam talian..LMS juga berfungsi sebagai pusat mengumpul maklumat pertadbiran menggunakan layan diri.Dengan cara ini akan memudahkan dan mempercepatkan bagi orang yang menggunakanya..contoh laman web yang digunakan oleh pelajar dalam urusan penbelajaran ialah SMPweb..hal ini memudahkan pelajar dalam menambah subjek atau mengugurkan subjek..Melalui LMS ini juga pelajar dapat mengetahui dengan lebih cepat tugasa-tugasan yang diberikan oleh pensyarah..Antara contoh-contoh LMS ialah atutor,chamilo,dokeos,Ilias,DLAT,Modle,docel LMS..
Contoh Atutor ialah digunakan dalam pelbagai konteks  termasuk pengurusan dalam dalam talian meneruskan pembangunan profesional untuk guru dan sebagainya..Penggunaan perisian ini juga berguna bagi golongan yang cacat penglihatan dan kurang upaya..

           CONTENT MANAGEMENT SYSTEM(CMS) Atau sistem pengurusan kandungan ialah satu aplikasi untuk menyimpan dokumen dalam pngurusan..ia adalah struktur kandungan maklumat perusahaan dan format fail..Sistem pengurusan kandungan (CMS) menpunyai dua unsur iaitu Aplikasi pengurusan kandungan (AKM) ialah pengguna dapat mengubah walaupun dengan kepakaran yany terhad dan terbatas ,pengguna dapat mengubah dan membuang kandungan dari laman web tanpa campurtangan daripada webmaster..Unsur kedua ialah penghantaran aplikasi kandungan(CDA) menyusun maklumat dan mengemas kini maklumat ke website..CMS boleh dikatalogkan..Sistem pengurusan kandungan seperti ini dapat  menyediakan prosedur  menguruskan aliran kerja persekitaran berkerjasama..
SEKIAN TERIMA KASIH
Assalamualaikum...
Pada minggu ini,bersamaan dengan isnin 26/9/2012 kelas komputer dalam pendidikan kumpulan S1K4 di bawah pengelola Cik Nur Hafizah Adnan..Kami telah penerangan oleh pengelola kami untuk mendonwload satu sofware yang sebelum ini tidak pernah saya dengar iaitu DROPBOX..Kami diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengaplikasikan sisitem DROPBOX ini..akhirnya kami sekumpulan telah faham apa itu DROPBOX dan fugsi-fungsinya kepada kami semua..Melalaui DROPBOX ini kami tidak lagi memerlukan pendrive untuk menyimpan bahan-bahan rujukan dan tugasan..hal ini disebabkan fungsi DROPBOX yang boleh menyimpam semua bahan itu...Ini akan lebih memudahkan kami untuk belajar tanpa bersusah payah menbawa pendrive lagi..
  Selepas itu kumpulan kami telah diberi tugasan untuk menerangkan maksud LMS DAN CMS.LMS atau learning management system ialah sistem pengurusan pembelajaran adalah satu kompenan perisian untuk pertadbiran,pengesanan,laporan,penyampaian kursus pendidikan dalam talian..LMS juga berfungsi sebagai pusat mengumpul maklumat pertadbiran menggunakan layan diri.Dengan cara ini akan memudahkan dan mempercepatkan bagi orang yang menggunakanya..contoh laman web yang digunakan oleh pelajar dalam urusan penbelajaran ialah SMPweb..hal ini memudahkan pelajar dalam menambah subjek atau mengugurkan subjek..Melalui LMS ini juga pelajar dapat mengetahui dengan lebih cepat tugasa-tugasan yang diberikan oleh pensyarah..Antara contoh-contoh LMS ialah atutor,chamilo,dokeos,Ilias,DLAT,Modle,docel LMS..
  
  Manakala,CONTENT MANAGEMENT SYSTEM(CMS) Atau sistem pengurusan kandungan ialah satu aplikasi untuk menyimpan dokumen dalam pngurusan..ia adalah struktur kandungan maklumat perusahaan dan format fail..Sistem pengurusan kandungan (CMS) menpunyai dua unsur iaitu Aplikasi pengurusan kandungan (AKM) ialah pengguna dapat mengubah walaupun dengan kepakaran yany terhad dan terbatas ,pengguna dapat mengubah dan membuang kandungan dari laman web tanpa campurtangan daripada webmaster..Unsur kedua ialah penghantaran aplikasi kandungan(CDA) menyusun maklumat dan mengemas kini maklumat ke website..CMS boleh dikatalogkan..Sistem pengurusan kandungan seperti ini dapat  menyediakan prosedur  menguruskan aliran kerja persekitaran berkerjasama....
        


SEKIAN..


Ada miskin ada kaya
Kita diberi talenta untuk berkarya
Tetap semangat dan percaya
Kita pasti bisa n jangan lupa doa ya