Tuesday 9 October 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

  Refleksi saya pada minggu ke 5 bersamaan 10/10/2012 dalam kelas Komputer dalam pendidikan,kumpulan S1K4 ialah saya diberi penerangan mengenai tajuk tugasan masing-masing..Saya dan rakan tugasan saya iaitu Muhammad Fitri telah diberi tugasan bertajuk WEB 2.0 IN EDUCATION..Sebenarnya tajuk ini telah diberi pada minggu lepas,oleh kerana kebutaan saya dalam bidang IT ini telah menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa..Hanya secebis tugasan yang saya dapat buat..Oleh itu saya telah bertanya kepada pensyarah saya Cik Nur Hafizah cara-cara menbuat tugasan dengan betul..Hal ini tidak akan lengkap tanpa bantuan daripada kawan-kawan saya terutama kumpulan S1K4 yang tidak lokek dalam menberi tunjuk ajar kepada saya...Pada minggu ini saya berazam untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama pasangan tugasan saya..Saya juga telah mengetahui cara-cara mencari maklumat dalam laman web yang lain iaitu google scholar..Sebelum ini saya tidak pernah dengar apa itu google scholar..Melalui bantuan pensyarah dan rakan -rakan saya dapat tahu apa itu google scholar..Mungkin pada minggu hadapan saya dapat mengetahui maklumat lain dalam internet ini..Saya berharap akan mendapat markah yang tinggi walaupun ia adalah tugasan saya yang pertama di universiti dalam kelas komputer dalam pendidikan ini..Saya berharap akan lebih maju dalam kelas ini dan diiringi doa oleh semua orang yang mengenali saya..Hanya ucapan terima kasih yang saya dapat balas..
Akhir kata,saya hidangkan saudara semua dengan kata-kata semangat dari saya

                           DI MANA ADA PUTUS ASA,BIARLA KITA MENEBARKAN HARAPAN..

SEKIAN...

No comments:

Post a Comment