Thursday, 29 November 2012

            Refleksi saya pada minggu ke 11 ini adalah berkaitan dengan dengan Multimedia Education.Pada minggu saya disuruh oleh Puan Nur Hafizah yang kembali daripada cuti sakitnya.Saya hanya menunjukan kepada Beliau dan kawan-kawan tentang apa yang di ajar oleh Dr Siti Fatimah pada minggu yang lepas.Selepas itu saya telah diberi penerangan untuk menbuat tajuk tugasan yang baru iaitu Microsoft Publisher.Mulai saat ini saya baru tahu apa itu fungsi Microsoft Publisher.Dulu saya tidak pernah menggunakan Microsoft ini,hanya Microsoft word yang saya guna.Dengan pembelajaran kelas komputer dalam pendidikan ini banyak mengakar saya apa itu fungsi Komputer kepada kita semua.Saya sempat menbuat tugasan ini.Saya sangat tertarik dengan tugasan ini sampai masa rehat pun saya tak perasan..Microsoft Publisher ini banyak kegunaan kepada semua orang..Boleh dibuat kad raya agaknya boleh..Macam-macam benda boleh dibuat dengan Microsoft Publisher ini.Ini adalah contoh-contoh Microsoft Publisher...

Oleh itu sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.Diharap pada minggu depan saya akan lebih bersemangat untuk belajar kelas komputer dalam pendidikan ini..

Sekian..

LETIH BERJALAN DITENGAH PEKAN,
SINGGAH SEBENTAR DIGERAI SITI
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN
ATAS SEGALA JASA DAN BUKTI..

Friday, 23 November 2012

JUMPE AWEK BAGI BUNGA SEKUNTUM..



      Refeksi saya pada minggu kesepuluh ini bersamaan 22/11/2012 ini adalah berkaitan dengan SPSS dan tajuk baru yang diperkenalkanAalhamdulilh kerana dapat menyiapkan 100% SPSS ini..Tugasan ini tidak mungkin saya dapat siapkan tanpa bantuan temen-teman dan juga pasangan tugasan saya yang begitu komited dalam menyiapkan tugasan ini iaitu Mohamad fitri..Ini adalah contoh spss yang saya pelajari pada minggu lepas serta minggu ini..







Pada minggu ini saya dikejutkan dengan ketiadaan Pensyarah kami Pn Nur Hafizah akibat deman..Oleh kelas kami diambil alih oleh Dr Siti Fatimah..Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr Siti Fatimah kerana bersikap kurang ajar dalam sesi pembelajaran kendalian Dr..Kami menyesal kerana tidak menberi komited dan fokus kepada Dr..Akhirnya dengan kelembutan hati Dr Siti Fatimah telah mengembalikan keceriaan kelas kami(s1k4 dan s1k3)..Kami telah diberi penerangan selepas itu oleh Dr Siti Fatimah tentang Multimedia Education..Selepas mendengar penerangan beliau saya begitu teruja kerana saya dapat mengetahui tentang fungsi-fungsi dalam komputer ini..Antara penerangan beliau ialah tentang paint,online draw dan sebagainya..Banyak yang saya dapat saya tahu fungsi-fungsi paint..Dulu saya sekadar melukis sahaja dalam paint ini.Setelah tahu serba sedikit,barulah saya tahu variasi paint dalam komputer antaranya mengedit gambar dan sebagainya.Seterusnya kami diberi arahan supaya menbuat pengajian tentang Multimedia education supaya lebih faham tajuk ini..

Ucapan terimah kasih kepada pensyarah Dr Siti Fatimah kerana sudi menberi pengajaran yang berkesan kepada saya.Budi baik Puan tidak akan kami lupakan..

SEKIAN..

PAKAI KOPIAH,PAKAI SARI

HENDAK DIBAWA KE KOTA TINGGI

SELESAI SUDAH KERJA DIBERI

LAIN MASA KITE BERJUMPA LAGI..

Tuesday, 20 November 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

ANAK MONYET ANAK KERA
SALAM MANIS PEMBUKA BICARA..


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam kelas komputer dibawah Puan Nur Hafizah disebabkan saya terpaksa mengikuti program sukan integrasi yang di anjurkan oleh senior tahun tiga..Kami diwajibkan pergi bermain hoki di serembam..Saya amat dukacita kerana tidak dapat mengikut kelas ini..Apa pun saya masih mengikuti perkembangan kelas ini dari kawan-kawan yang cepat menberi informasi..Pada minggu ini saya diberitahu supaya menbuat data spss..Saya langsung tidak tahu menbuat data spss ini..Alhamdulilah saya dapat menbuat perlahan-perlahan atas bantuan teman-teman yang tidak loket dalam menberi ilmu kepada saya..Saya amat beruntung kerana menpunyai teman-teman yang begitu baik..Hal ini telah menberi azam kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh dengan bantuan teman -teman saya ini..

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ke 9..


pergi rumah awek belajar silat,
jangan marah jika ada tersilap...

bye-bye....

Wednesday, 31 October 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Saya akan membuka refeksi pada minggu 8 bersamaan 31/10/2012 dengan sebuah pantun:
    
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Pada minggu ini saya dan rakan tugasan saya diarahkan untuk menbuat satu penbentangan mengenai tajuk masing-masing..Iaitu web 2.o in education,..Pembentangan ini penting bagi menberi maklumat tentang web 2.0 kepada rakan-rakan yang lain..Begitu juga saya yang terkena tempiasnya apabila rakan-rakan yang lain juga menbuat pembentangan mengenai tajuk masing-masing..Rakan -rakan telah menberi maklumat yang sebelum ini tidak saya ketahui..Begitu juga dengan pensyarah saya iaitu Puan Nor Hafizah yang menberi tunjuk ajar dalam pembentangan tadi.. Selain itu melalui pembentangan tadi juga telah menaikan semangat saya dalam menberi penerangan di khalayak ramai..Hal ini sesuai dengan profesion perguruan yang saya ceburi ini..

Setelah itu saya dan rakan-rakan telah ditugaskan untuk menbaca mengenai SPSS..Saya hanya tahu serba sedikit sahaja mengenai SPSS ini..Oleh itu dengan penbacaan yang saya akan lakukan akan menambahkan pengetahuan saya tentang SPSS ini..Saya juga berharap rakan-rakan saya dapat menberi maklumat yang lebih terperinci mengenai SPSS ini...

Dengarlah wahai teman-temanku kata-kata semangat dariku...
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

SEKIAN..

Monday, 29 October 2012

ASSALAMUALAIKUM,Salam AidilAdha dan Salam kemaafan....

  Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas ketidak hadiran dalam kelas komputer dalam pendidikan minggu ketujuh ini pada 24/10/2012..Bukan mahu menberi alasan tetapi saya ingin jelas kn bahawa saya tidak berniat untuk tidak hadir atas sebeb -sebab tertentu..Pertama ayah saya sakit dan terlantar di hospital,tiada adik beradik yang dapat jge kerana berkerja di luar kelantan..Hanya berharap adik beradik sebelah mak yang satu lagi..saya sebagai wakil sebelah mak yang kedua patut pergi menjage ayah saya...kedua tiket pun sudah tiada..Itulah alasan saya kerana tak dapat hadir kelas minggu ketujuh  Pn Hafizah..

   Akan tetapi saya masih mengikuti perkembangan kelas ini atas bantuan rakan-rakan terutama kak julia yang menberi informasi terkini dengan pantas iaitu menbuat slide tajuk tugasan masing-masing..Saya akan menbuat slide itu dengan sebaik mungkin untuk menebus ketidak hadiran saya itu..saya turut diberi informasi mengenai tajuk yang diajar oleh Pn Hafizah iaitu SPSS ,iaiyu satu perinsian untuk menbuat carta pie,statistik dan sebagainya,..Itu sahaja yang saya dapat informasi dari minggu lepas


dengar lah sebuah puitis hari raye...
Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN

 SEKIAN..

Tuesday, 16 October 2012

Assalamualaikum semua..

   Refleksi Minggu keenam saya pada tarikh 17/10/2012..Pada minggu ini saya berasa bersemangat untuk belajar kelas komputer dalam pendidikan yang diurus oleh Cik Nur Hafizah..Sudah pasti kenangan minggu lepas akan tersemat di sanubari.Jadi kita harus pandang ke hadapan dan berfikiran positif..Disini saya ingin berkongsi maklumat tentang tugasan saya iaitu web 2.0.. Web 2.0 adalah istilah yang diberikan untuk menggambarkan generasi kedua World Wide Web yang memberi tumpuan kepada keupayaan untuk rakyat untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam talian. Web 2.0 pada dasarnya merujuk kepada peralihan daripada laman web HTML statik web yang lebih dinamik yang lebih teratur dan berdasarkan berkhidmat aplikasi web kepada pengguna. Fungsi lain yang lebih baik Web 2.0 termasuk komunikasi terbuka dengan penekanan kepada berasaskan web komuniti pengguna, dan perkongsian maklumat yang lebih terbuka. Lama kelamaan Web 2.0 telah digunakan lebih sebagai istilah pemasaran daripada istilah komputer berasaskan sains. Blog, wiki, dan perkhidmatan web semua dilihat sebagai komponen Web 2.0.Web 2.0 juga berfungsi data dan perkongsian kandungan serta usaha kerjasama dalam pelbagai perisian sosial..Web 2.0 menjadi platform untuk perisian bersosial secara berkumpulan. Web 2.o juga berfungsi sebagai modul pendidikan..Sebagai contoh blog,wiki,sosial bookmarking,facebook,twintter dan sebagainya..Sebuah blog adalah sistem yang menbolehkan seseorang pengaran tunggal untuk menulis dan memaparkan artikel yang berkaitan dengan pendidikan. Ia lebih menjurus kepada perkongsian maklumat kepada pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat yang lebih luas dalam pembelajaran..Selain itu penggunaan blog juga digunakan oleh guru-guru untuk menbuat pengumuman tertentu,berita,maklum balas kepada pelajar dan perkongsian maklumat berkaitan pendidikan..Seterusnya wiki pula berfungsi sebagai sistem yang menbolehkan satu atau lebih orang untuk menbina korpus ilmu dalam satu set laman web..Antara wiki paling terkenal ialah wikipedia..Contoh penggunaan wiki dalam pendidikan ialah..wiki boleh digunakan untuk penciptaan senarai bacaan berorentasi satu atau lebih guru..Selain itu wiki boleh digunakan dalam projek-projek kelas dan amat sesuai untuk pertambahan peningkatan pengetahuan oleh satu kumpulan.Wiki juga boleh digunakaan oleh guru untuk menberi pelbagai maklumat dan maklum balas kepada pelajar..Ini adalah hasil maklumat yang saya dapat mengenai web 2.0....

    Seterusnya saya diajar mengenai survey monkey..Survey monkey merupakan aplikasi untuk menbuat kajian selidik..Sebagai contoh saya menbuat penyelidikan tentang web 2.0..Antara contoh-contoh soalan  selidikan saya  ialah apakah anda tahu fungsi web 2.0..Seterusnya saya disuruh oleh pensyarah saya untuk menghantar link survey monkey yang saya buat di yahoomail.Selepas itu pula saya ditugaskan untuk menpelajari google doc.Bermula sesi yang cemas.kerana terpakse bermula dengan kosong pula...Sudah pasti minggu ini saya sangat gembira kerana boleh dikatakan saya 80% saya faham apa itu web 2.0 dan survey mongkey..Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya yang menberi maklumat dan pengajaran yag berguna kepada saya..

Ini adalah contoh survey mongkey bagi sesiapa yang tidak tahu mengenainya...


ini adalah bgaimana cara-cara komponen untuk dalam Survey mongkey..




Jadi ini saja lah yang saya tahu mengenai survey mongkey..Maklum lah saya ni buta It sikit..hehehe

Saya akhiri dengan kata-kata semangatini..  Dengarlah kata-kata semangat ini..
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu..


Sekian..
.

Tuesday, 9 October 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

  Refleksi saya pada minggu ke 5 bersamaan 10/10/2012 dalam kelas Komputer dalam pendidikan,kumpulan S1K4 ialah saya diberi penerangan mengenai tajuk tugasan masing-masing..Saya dan rakan tugasan saya iaitu Muhammad Fitri telah diberi tugasan bertajuk WEB 2.0 IN EDUCATION..Sebenarnya tajuk ini telah diberi pada minggu lepas,oleh kerana kebutaan saya dalam bidang IT ini telah menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa..Hanya secebis tugasan yang saya dapat buat..Oleh itu saya telah bertanya kepada pensyarah saya Cik Nur Hafizah cara-cara menbuat tugasan dengan betul..Hal ini tidak akan lengkap tanpa bantuan daripada kawan-kawan saya terutama kumpulan S1K4 yang tidak lokek dalam menberi tunjuk ajar kepada saya...Pada minggu ini saya berazam untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama pasangan tugasan saya..Saya juga telah mengetahui cara-cara mencari maklumat dalam laman web yang lain iaitu google scholar..Sebelum ini saya tidak pernah dengar apa itu google scholar..Melalui bantuan pensyarah dan rakan -rakan saya dapat tahu apa itu google scholar..Mungkin pada minggu hadapan saya dapat mengetahui maklumat lain dalam internet ini..Saya berharap akan mendapat markah yang tinggi walaupun ia adalah tugasan saya yang pertama di universiti dalam kelas komputer dalam pendidikan ini..Saya berharap akan lebih maju dalam kelas ini dan diiringi doa oleh semua orang yang mengenali saya..Hanya ucapan terima kasih yang saya dapat balas..
Akhir kata,saya hidangkan saudara semua dengan kata-kata semangat dari saya

                           DI MANA ADA PUTUS ASA,BIARLA KITA MENEBARKAN HARAPAN..

SEKIAN...